Profil

  • Restoran Perantau Hill & Katering diuruskan oleh Syarikat Pakatan Perantau Sdn Bhd.

  • Sejarah awal syarikat ini bermula dengan syarikat perseorangan / enterprise yang diusahakan oleh Tn. Haji Ishak pada tahun 1996.

  • Restoran yang bernilai 1.5 juta ini didirikan dengan biaya sendiri dikawasan seluas 1.5 ekar yang dipajak selama 15 tahun.

  • Ianya mengandungi sebuah restoran yang dapat menampung sejumlah 700 pengunjung dalam satu masa.

  • Dengan keadaan yng bersih dan lengkap infrastruktur, restoran ini menjadi pilihan ramai bagi penduduk sekitar Putrajaya, Bangi, dan Kajang, malah ada pelanggan yang datang dari luar kawasan2 tersebut.

MOTO

“Comfortable Place, Reasonable Price”

Perantau Hill beriltizam untuk menyediakan suasana restoran yang terbaik dengan harga yang amat berpatutan. Malah restoran ini telah dianugerahkan oleh KPDNKK sebagai:

  • “Kedai Harga Patut” pada tahun 2011

  • “Kedai Pilihan Rakyat 1 Malaysia” pada tahun 2012

VISI

  • Menjadi restoran yang terbaik bagi kawasan Kajang dan Bangi serta beriltizam untuk dikenali sehingga ke peringkat internasional.

  • Memperkenalkan masakan yang halal dan bersih serta penyediaan makanan berkualiti tinggi dan juga berkhasiat.Memberi perkhidmatan yang terbaik dari segi penampilan, perhubungan di antara pekerja, pelanggan dan pengedar.

  • Memberi perkhidmatan terbaik dari segi penampilan, perhubungan di antara pekerja, pelanggan, dan pengedar.

MISI

  • Menyajikan pelbagai masakan dari timur dan barat yang terbaik dan bervariasi lengkap, dengan citarasa unik dan lazat, layanan yang baik, serta dibingkai dengan sentuhan spirit Melayu moden.

  • Sentiasa melakukan penambahbaikan samaada dari sudut penampilan, susr atur restoran, serta kualiti makanan dan servis.

OBJEKTIF

  • Memenuhi keperluan fardhu kifayah sebagaimana yang dituntut oleh agama.

  • Menyediakan produk makanan dan minuman yang bersih dan halal serta berkualiti.

  • Memberi kepuasan kepada pelanggan berdasarkan mutu perkhidmatan yang diberikan melalui pengurusan yang cekap, bekualiti dan profesional.

  • Memastikan syarikat sentiasa berada dalam kedudukan kewangan dan pentadbiran yang kukuh serta mantap dalam menangani cabaran semasa.

  • Memberi peluang pekerjaan dengan mengambil kira soal kebajikan serta masa depan pekerja.